Carian
Redmi Note 9 5G Mungkin Akan Dikenali Sebagai Redmi Note 9T Untuk Pasaran Global
November 17, 2020 Fahim Zahar

Redmi akan hadir dengan tiga lagi peranti Redmi Note 9 pada tahun ini. Dua daripada peranti ini adalah  Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G dan kedua-dua peranti ini sudah pun muncul di laman TENAA. Versi Pro mungkin akan hadir dengan skrin 120Hz adaptif dan salah satu cip pemprosesan pilihan Xiaomi adalah MediaTek Dimensity 800U.

Nombor model bagi Redmi Note 9 5G di China adalah M2007J22C dan baru-baru ini, nombor model yang dikatakan adalah untuk pasaran global iaitu M2007J22GFCC dikatakan akan menggunakan nama Redmi Note 9T untuk pasaran global. Peranti ini telah pun melepasi FCC, yang mana mempunyai butiran seperti MIUI 12 sebagai sistem operasi, rangkaian 5G, NFC, Bluetooth dan WiFi 802.11ac.

Maklumat lain turut mendedahkan yang nama Redmi Note 10 turut mungkin digunakan. Dengan strategi pasaran Redmi yang agak pelik pada setiap negara, jika Redmi Note 9 5G adalah untuk China – Redmi Note 9T mungkin adalah untuk pasaran India dan Redmi Note 10 mungkin untuk pasaran global lain.

Komen