Carian
Adobe Mengumumkan Penawaran Photoshop Beta Versi ARM Untuk Windows Dan Mac
November 17, 2020 Aman

Adobe hari ini telah mengumumkan penawaran perisian popular mereka, Adobe Photoshop yang dioptimasikan untuk pengguna komputer menjalankan cip pemprosesan ARM. Seperti ramai sedia maklum, Apple pada minggu lepas telah mengumumkan penawaran komputer menggunakan cip Apple M1 berasaskan binaan ARM.

Adobe menawarkan Photoshop versi ARM ini untuk pengguna komputer berasaskan cip Apple M1 dari Apple, selain menggunakan Surface Pro X dari Microsoft.

Dengan penawaran versi ARM ini, ia bakal menawarkan prestasi yang lebih baik kepada pengguna berbanding menggunakan pelagak.

Pengguna boleh memuat-turun versi beta untuk Photoshop ARM ini melalui Creative Cloud hari ini.

Komen