Cari @ Amanz

Messenger Kids adalah salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada kanak-kanak, memudahkan mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan, dan pada masa yang sama mudah dipantau oleh para ibu bapa.

Terbaru, hari ini Facebook mengumumkan mereka akan memperkenalkan antaramuka baru Messenger Kids untuk iPhone bermula dari Amerika Syarikat dan Kanada, sebelum diperluaskan ke negara lain dalam bulan-bulan akan datang.

Messenger Kids

Melalui antaramuka baru ini, ia hampir menyerupai penawaran Messenger sendiri, selain memudahkan lagi proses permesejan.

Facebook mengatakan mereka akan terus memfokuskan kepada ciri-ciri memfokuskan kepada kanak-kanak melalui aplikasi ini, dan lebih kepada perubahan antaramuka sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd