Carian
Muslim Pro Mengambil Langkah Membatalkan Kerjasama Perkongsian Data, Termasuk Bersama X-Mode
November 18, 2020 Aman

Aplikasi Muslim Pro telah mendapat perhatian ramai semalam, selepas laporan awal hadir berkenaan X-Mode yang mempunyai akses ke data aplikasi Muslim Pro, dan menjualnya kepada tentera Amerika Syarikat.

Lanjutan daripadanya, kini pihak Muslim Pro mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka telah memilih untuk membatalkan kerjasama perkongsian data bersama semua rakan kerjasama, termasuk X-Mode.

Menurut Muslim Pro, mereka berkongsi data awanama bersama beberapa rakan kerjasama teknologi, dalam usaha untuk menambah-baik penawaran untuk pengguna, dan juga menambah-baik produk untuk kelangsungan perniagaan.

Selari dengan ini, Muslim Pro turut akan membuat siasatan dalaman untuk menyemak polisi penggunaan data, dan memastikan semua data pengguna diuruskan dengan baik berdasarkan undang-undang perlindungan privasi data.

Muslim Pro merupakan antara aplikasi popular yang digunakan ramai penganut beragama Islam, dimana ia mencapai penggunaan sekitar 100 juta pengguna di lebih 216 buah negara seluruh dunia.

Komen