Puteri Gunung Ledang Ke Netflix Pada 26 November Ini

Puteri Gunung Ledang Ke Netflix Pada 26 November Ini

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Puteri Gunung Ledang ialah antara filem epik termahal yang pernah dihasilkan oleh penerbit tempatan. Ia juga menjadi asas kepada persembahan teater muzikal dan ribuan meme Hang Tuah yang popular di media sosial. Selepas 16 tahun, ia kini akan dapat distrim pada platform penstriman Netflix bermula 26 November ini.

Pengumuman hari ini hadir beberapa minggu selepas PGL versi suntingan penerbit distrim menerusi YouTube secara percuma dan kemudiannya versi tayangan pawagam ditawarkan secara penstriman berbayar oleh penerbit. Filem yang dibintangi M Nasir, Tiara Jaquelina, Rahim Razali, Alex Komang dan Adlin Aman Ramli ini masih mempunyai ramai peminat berdasarkan reaksi di media sosial.

Bagi mereka yang agak kecewa dengan versi penerbit yang menyunting banyak babak penting, versi Netflix ini akan menjadi pengubatnya. Yang pasti mereka yang membayar lebih RM20 untuk menstrim menerusi lama Enfiniti tempoh hari mungkin terasa kecewa kerana ia kini boleh diakses menerusi Netflix.



Paling Popular