Google Meet Kini Mempunyai Ciri Mengangkat Tangan Seakan Zoom – Khusus Untuk Pengguna Perusahaan

Google Meet Kini Mempunyai Ciri Mengangkat Tangan Seakan Zoom – Khusus Untuk Pengguna Perusahaan

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Google Meet adalah perkhidmatan panggilan video dan telesidang terbaru dari Google. Ia mula meraih populariti ketika PKP, kerana ramai yang belajar dan bekerja dari rumah. Google Meet turut mempunyai banyak ciri dan fungsi menarik seperti latar belakang yang boleh kabur, membatalkan hingar di sekeliling dan banyak lagi.

Tetapi, jika dibandingkan dengan Zoom – Zoom lebih banyak ciri dan fungsi kerana sudah lebih berpengalaman. Terkini, Google telah membawakan fungsi yang sudah lama ada dalam Zoom kepada Google Meet – iaitu ciri mengangkat tangan secara maya. Secara asasnya, jika anda sedang berada di dalam kelas atau di dalam mesyuarat penting dan inginkan perhatian dari pengajar atau majikan – ini adalah ciri yang menarik.

Walau bagaimanapun, ciri ini hanya akan diedarkan kepada pengguna perusahaan terlebih dahulu. Pengguna biasa tidak akan dapat melihat ciri ini dan ia hanya mungkin akan diedarkan di masa akan datang.



Paling Popular