TikTok Memperkenalkan Ciri Keselamatan Baharu Untuk Ibu Bapa Memantau Akaun Anak

TikTok Memperkenalkan Ciri Keselamatan Baharu Untuk Ibu Bapa Memantau Akaun Anak

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

TikTok ialah aplikasi hangat kerana kandungan video pendek amat diminati ramai khususnya di kalangan anak-anak muda. Tetapi ia boleh menimbulkan masalah privasi serta mendedahkan anak-anak kepada bahaya menjadi mangsa gangguan seksual. Sebagai ibu bapa, ini ialah kerisauan utama kerana anak-anak menghabiskan banyak masa di atas talian dengan sekolah kini ditutup.

Untuk mengurangkan kerisauan ini, TikTok memperkenalkan beberapa ciri keselamatan terbaru yang memberikan kuasa pemantauan akaun yang lebih baik menerusi Family Pairing. Pertama sekali kawalan carian yang menghalang apakah yang boleh dicari oleh anak-anak menerusi had umur kandungan, tagar dan nama pengguna. Kedua ialah mengawal ruangan komen. Siapa yang boleh meninggalkan komen atau mematikannya terus.

Ketiga ialah mengawal sama ada akaun anak-anak boleh dicari oleh pengguna lain bagi tujuan privasi.Keempat pul ialah membenarkan apakah video yang telah di-Like oleh anak-anak dari dilihat pengguna lain. Ini semua adalah penambahan kepada sistem keselamatan pengguna bawah umur sedia ada seperti mengawal siapa yang boleh menghantar mesej peribadi, menghalang penghantaran gambar menerusi DM dan memantau kandungan berunsur kebencian.



Paling Popular