Carian
WhatsApp Bakal Hadir Dengan Kebolehan Membisukan Video Sebelum Dihantar
November 18, 2020 Amy Maizuraa

WhatsApp sering hadir dengan pelbagai kemas kini baharu untuk memberi kemudahan kepada pengguna. Boleh dikatakan, kebanyakan daripadanya dilihat menarik selain, membuatkan perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai pendekatan yang berbeza.

Dalam perkembangan terkini, WhatsApp dalam perancangan untuk satu lagi ciri baharu yang membolehkan pengguna membisukan video sebelum dihantar – sama ada dihantar kepada kenalan atau dimuatnaik untuk kemas kini status. Ciri ini bagaimanapun, masih lagi dalam fasa pembangunan dan akan tersedia dalam kemas kini akan datang.

Dalam perkembangan berbeza, WhatsApp juga bakal hadir dengan ciri yang dinamakan Read Later. Ciri ini dikatakan bakal mengganti fungsi sedia ada untuk sokongan mengarkib chat tetapi, dengan versi lebih baik. Terdapat perubahan yang dibuat padanya. Di mana, pengguna tidak akan menerima sebarang pemberitahuan untuk mana-mana mesej yang telah diarkib meskipun untuk mesej yang baru. Ciri ini juga masih lagi dalam fasa pembangunan.

Komen