Cari @ Amanz

Dengan sistem operasi Windows 10, Microsoft biasanya akan memperlihatkan beberapa ciri-ciri baru secara ujian sebelum ianya dilancarkan secara rasmi.

Pada kemaskini terbaru, pihak Microsoft mengatakan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan kemaskini preview release untuk Windows 10 kerana musim cuti yang semakin dekat.

Ia juga adalah untuk memberi para pembangun Microsoft sedikit masa cuti untuk membolehkan mereka berehat selepas setahun bekerja sepanjang masa akibat wabak COVID-19 yang sedang membelenggu dunia.

Microsoft mengatakan bahawa kemaskini seterusnya kemungkinan besar akan tiba pada Januari tahun hadapan dan akan hadir dengan kemaskini-kemaskini ciri dan keselamatan baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd