Cari @ Amanz

Apple secara rasminya mengatakan mereka menawarkan kemaskini untuk telefon pintar keluaran mereka sehingga 3 tahun, sementara untuk komputer sehingga 4 tahun. Apa pun, jikalau mengikut penawaran kemaskini iOS14, Apple dilihat menyokong peranti sehingga selama 6 tahun lamanya.

Melalui iOS14 yang telah dikeluarkan kepada umum sebelum ini, Apple menawarkan kemaskini iOS14 untuk iPhone 6s yang telah diperkenalkan pada 2015 lepas. Ini sekaligus memperlihatkan peranti berkenaan masih disokong sehingga ke hari ini, walaupun telah ditawarkan sejak beberapa tahun – berbeza dengan pengeluar peranti lain.

Ini sekaligus memperlihatkan iPhone mempunyai jangka hayat penggunaan yang lebih lama berbanding pelbagai peranti – dan menjadikan iPhone mungkin berbaloi untuk ringgit yang dibelanjakan bagi tempoh masa penggunaan yang lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd