iPhone 12 Pro Max Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

iPhone 12 Pro Max Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Takhta skrin terbaik pada telefon pintar kini dipegang oleh iPhone 12 Pro Max. DisplayMate hari ini telah mengeluakaan analisis berkaitan paparan Super Retina XDR OLED pada peranti pintar ini. Ia memperlihatkan iPhone 12 Pro Max berjaya memperoleh skor tertinggi A+ dalam gred prestasi kualiti paparan.

Menurut DisplayMate, iPhone 12 Pro Max mempunyai paparan dengan warna yang jitu dan visual yang tidak dapat dibezakan dari kesempurnaan. Selain itu, peranti pintar ini turut mendapat penilaian yang sangat baik untuk sejumlah aspek lain – termasuk kecerahan puncak dan kontras yang tinggi, pantulan cahaya rendah dan ketepatan warna yang bagus. Tambah DisplayMate lagi, paparan iPhone 12 Pro Max adalah 10% lebih cekap berbanding iPhone 11 Pro Max.

Bagi yang berminat, iPhone 12 Pro Max kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM5,299 dengan tiga pilihan storan iaitu 128GB, 256GB dan 512GB. Untuk makluman semua, peranti ini hadir tanpa kepala pengecas dan fon telinga dalam kotak pembelian – yang mana perlu dibeli secara berasingan.



Paling Popular