TNB Akan Memasang Meter Pintar Secara Percuma – Berkongsi Info Berkaitan Pemasangan

TNB Akan Memasang Meter Pintar Secara Percuma – Berkongsi Info Berkaitan Pemasangan

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Tenaga Nasional, kini melalui laman Facebook mereka, memaklumkan yang mana kontraktor TNB kini sedang bergiat membuat pemasangan secara berperingkat di seluruh negara setiiap hari, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Selari dengannya, TNB kini berkongsi beberapa info lanjut berkaitan pemasangan meter pintar ini dikediaman masing-masing. Melalui Meter Pintar atau TNB Smart Meter ini, ia akan memudahkan pengguna memantau penggunaan secara masa-nyata, dan melihat pelbagai kemaskini dengan mudah melalui aplikasi khusus TNB.

TNB mengatakan pemasangan Smart Meter ini adalah percuma, dan mereka akan memaklumkan pengguna melalui surat, termasuk memberikan jangkaan tarikh pemasangan.

TNB menekankan yang mana pemasangan hanya akan dilakukan apabila seorang individu dewasa berada di rumah. Sebaliknya untuk kediaman bertingkat seperti pangsapuri, makluman akan dilakukan pihak TNB kepada persatuan penduduk sebelum pemasangan dibuat.

Tenaga Nasional turut menekankan yang mana semua pemasangan akan mematuhi garis panduan mencegah Covid-19 yang telah ditetapkan oleh KKM.



Paling Popular