Pelayar Web Opera Kini Memudahkan Anda Mendengar Lagu Dari Spotify Ketika Melayari Web

Pelayar Web Opera Kini Memudahkan Anda Mendengar Lagu Dari Spotify Ketika Melayari Web

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Opera boleh dikatakan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik melalui pelayar web mereka. Salah satunya adalah intergrasi “Sidebar” yang memudahkan pengguna untuk mengakses pantas kepada sejumlah perkhidmatan berasaskan web.

Kini, Opera turut menambah pemain muzik pada bahagian Sidebar, sekaligus memudahkan anda untuk menambah perkhidmatan penstriman muzik seperti YouTube Music, Spotify dan juga Apple Music pada bahagian tepi, dan melayari web sambil menikmati lagu.

Pengenalan pemain muzik pada bahagian tepi ini juga turut memudahkan pengguna untuk mengawal sesuatu lagu dengan lebih mudah, berbanding membukanya melalui tab berasingan dan sukar ke tab berkenaan kembali.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh memuat-turun versi terbaru pelayar web berkenaan, dan menggunakan ciri baru ini.



Paling Popular