Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Flip telah diperkenalkan sebelum ini dan ia boleh didapati di Malaysia pada harga RM5,888 seunit. Dengan penawaran sebegini, pastinya ramai antara kita mungkin berkira-kira untuk memilikinya. Namun begitu, desas-desus terkini mengatakan Samsung dalam perancangan untuk menghasilkan peranti ini dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

Mengikut ura-ura tersebar peranti pintar ini mungkin akan dilancarkan sebagai Galaxy Z Flip Lite kelak. Selain, turut dikatakan ia mungkin dihasilkan dalam kuantiti lebih banyak berbanding model sebelum ini. Sumber juga mengatakan, peranti pintar ini kelak akan mempunyai lapisan kaca UTG (Ultra Thin Glass). Tetapi, ia sebenarnya bukan satu perkara baru dan mengejutkan – sebaliknya, kaca ini telah sedia digunakan pada Galaxy Z Flip yang sebelum ini.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Display Supply Chain Consultants (DSCC), Ross Young turut berkata demikian menerusi satu ciapan tersebar. Tetapi, beliau tidak pula mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai pembangunan peranti ini.

Namun begitu, maklumat dikongsi masih diperingkat ura-ura dan pihak Samsung juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini. Jika ianya benar, kita boleh menyasarkan mereka mungkin menawarnya pada harga lebih rendah – sinonim dengan perkataan ‘lite’ yang berkait rapat dengan versi yang lebih murah 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd