Canon Kini Pemegang Rekod Cetakan Gambar Terpanjang Dunia

Canon Kini Pemegang Rekod Cetakan Gambar Terpanjang Dunia

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Akui sahaja ramai di kalangan anda tidak lagi mencetak gambar secara fizikal selepas memiliki kamera digital. Ia sekadar dimuat naik ke atas talian untuk perkongsian media sosial atau disimpan secara awanan. Tetapi bagi mereka yang lebih sentimental, gambar masih lagi dicetak sebagai kenang-kenangan pada saiz 4R. Di Canon, ini bukanlah saiz yang memuaskan dan kini mereka adalah pemegang rekod dunia Guinness untuk gambar terpanjang pernah dicetak.

Gambar sepanjang 109.4 meter telah berjaya dicetak dalam masa 16 jam dan memerlukan 1.37 liter dakwat menggunakan pencetak Canon PROGRAF PRO-6100. Landasan ski di Schattenbergschanze yang terletak di Oberstdorf, Jerman digunakan dengan pencetak diletakkan pada bahagian atas. Gegelung kertas fotografi oleh Ilford telah digunakan untuk mencatatkan rekod dunia ini. Antara yang dicetak ialah pemandangan sekitar, acara sukan, acara bersejarah dan wajah penduduk setempat.

Selepas dicetak, gambar kemudiannya dilelong untuk mengumpul dana pertubuhan yang membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.



Paling Popular