Carian
YouTube Menguji Siaran Iklan Berasaskan Audio Untuk Pendengar Muzik Dan Podcast
November 19, 2020 Fahim Zahar

Harga yang perlu dibayar untuk perkhidmatan percuma ialah data peribadi yang dikumpul atau dalam kes YouTube, iklan yang tiba bertali arus. Sebagai laman video nombor satu dunia, YouTube juga kian popular sebagai pemain muzik serta podcast yang dimainkan tanpa pengguna melihat video yang dimainkan. Dengan perubahan tabiat pengguna, YouTube kini melancarkan pula iklan yang lebih mementingkan audio kepada pelanggan yang berminat.

Iklan yang lebih mementingkan audio ini masih lagi dalam ujian Beta. Dapat ujian yang telah dilakukan, 75% iklan ini berjaya meningkatkan pengenalan jenama di kalangan pendengar. YouTube kini menyarankan pelanggan yang ingin mengiklankan produk supaya memberikan tumpuan kepada audio supaya mesej yang ingin disampaikan adalah lebih jelas kepada pengguna yang tidak menumpukan perhatian kepada skrin.

Walaupun iklan ini mementingkan audio, ia tidak bermakna tiada video akan dipaparkan sekali seperti di Spotify misalnya. Ia hanyalah satu lagi jenis iklan yang boleh digunakan dan akan membuatkan anda semakin hampir untuk melanggan kepada YouTube Premium untuk bebas daripadanya.

Komen