Logitech G PRO X Superlight Wireless Gaming Mouse Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Ringan

Logitech G PRO X Superlight Wireless Gaming Mouse Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Ringan

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Logitech dilihat memperluaskan lagi penawaran siri tetikus gaming mereka menerusi pengenalan Logitech G PRO X Superlight Wireless Gaming Mouse. Ia merupakan versi lebih ringan untuk Logitech G Pro Wireless yang dilancarkan sebelum ini. Beratnya sekitar yang 63 gram, sekaligus menjadikannya tetikus paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Logitech.

Rekaannya masih sama seperti Logitech G Pro Wireless – dilengkapi lima butang kawalan. Keseluruhan tubuh tetikus dihiasi kemasan matte dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Fungsi menarik lain padanya termasuklah menggunakan technology Lightspeed Wireless untuk sambungan yang lebih baik, sensor HERO 25K yang menyokong sensitiviti 100 hingga 25,400dpi dan boleh beroperasi sehingga 70 jam. Logitech G PRO X Superlight Wireless Gaming Mouse berharga $149.99 (~RM614) untuk seunit.



Paling Popular