OnePlus Hanya Memilih Segelintir Idea Peminat Untuk Oxygen OS Baharu

OnePlus Hanya Memilih Segelintir Idea Peminat Untuk Oxygen OS Baharu

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

OnePlus pernah mengadakan program IDEAS pada bulan Mac untuk peminat membentangkan idea baharu untuk fungsi dan ciri pada Oxygen OS. Lebih daripada 5,000 idea yang dihantar, OnePlus memilih lima untuk diimplementasikan dalam Osygen OS 11. Bulan September lepas, mereka umumkan IDEAS 2.0 pula dan berikut adalah keputusannya.

Kali ini lebih daripada 7,300 idea dihantar dan OnePlus telah bercadang untuk memilih tujuh idea sahaja. Idea ini mungkin akan hadir dalam Oxygen OS 11 atau mungkin juga Oxygen OS 12 akan datang.

  • Kaunter FPS terbina dalam Game Space
  • Kawalan aras suara berasingan dan membenarkan fungsi dwi-main semula media
  • Kustomasi kunci skrin
  • Pemindahan fail secara nirwayar dari komputer ke peranti OnePlus
  • Power Diet sebagai mod penjimatan bateri ekstrem
  • Pilihan tema gelap hitam dalam mod gelap dan bukannya kelabu
  • Tangkapan layar separa skrin

Secara asasnya, apa yang OnePlus pilih ini sudah pun ada dalam beberapa peranti pesaing. Jadi peminat OnePlus sendiri yang inginkan fungsi-fungsi dan ciri tambahan ini. Jika anda ingin sedapkan hati, rekaan seakan One UI ini mungkin juga idea peminat? Siapa tahu? Apa-apa pun, ini adalah senarai yang menarik – sama-sama kita lihat bagaimana OnePlus akan mengimplementasikan pada Oxygen OS kelak.



Paling Popular