Maybank, salah satu bank tempatan popular kini mengumumkan mereka akan gantikan penawaran notifikasi SMS untuk transaksi kad debit yang berjaya kepada notifikasi berasaskan aplikasi. Perubahan ini akan dilaksanakan bermula 3 Disember 2020 kelak.
Dengan perubahan ini, pengguna tidak lagi akan menerima notifikasi SMS untuk transaksi kad debit yang berjaya. Pengguna akan perlu mempunyai aplikasi Maybank terpasang pada peranti mereka untuk terus menerima notifikasi untuk transaksi yang berjaya bagi penggunaan kad debit.

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau telefon Android, anda perlu memastikan peranti anda sedia mengaktifkan ciri notifikasi untuk aplikasi Maybank untuk menerima notifikasi tersebut.
Untuk pengguna iPhone, anda boleh mengaktifkannya dengan ke halaman Settings > Maybank MY > Notifications > Allow Notifications.
Untuk pengguna Android pula, anda boleh ke halaman Setting > Maybank MY > Notifications > Enable / On.