OnePlus Nord N100 Mempunyai Skrin 90Hz – Tetapi OnePlus Tidak Mempromosikannya

OnePlus Nord N100 Mempunyai Skrin 90Hz – Tetapi OnePlus Tidak Mempromosikannya

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Pada bulan September tahun lepas, OnePlus mengumumkan yang semua peranti OnePlus selepas OnePlus 7T akan menyokong skrin kadar segar semula yang tinggi. Kita kemudian lihat ia hadir ke 7T Pro, 8, 8 Pro, Nord dan 8T. Selepas dua lagi siri Nord baru dilancarkan iaitu, N10 5G dan N100 – N100 hanya dipromosikan dengan menyokong skrin 60Hz sahaja.

Perkara ini menimbulkan persoalan, adakah OnePlus tipu dengan pengumuman dan janji mereka pada tahun lepas? Pihak Android Authority memiliki sebuah unit OnePlus N100, mengejutkan di dalamnya mempunyai tetapan skrin 90Hz. Selepas bertanyakan pada OnePlus, OnePlus mengesahkan kehadiran fungsi ini. Tetapi 90hz ini tidak kekal dan bergantung kepada penggunaan dan aplikasi tertentu sahaja.

OnePlus tidak menjelaskan kenapa mereka tidak menyebut langsung mengenai fungsi ini ketika peranti ini dilancarkan. Ada kemungkinan besar kerana N100 hanyalah sebuah peranti kelas permulaan atau seakan peranti Oppo yang dijenamakan semula sahaja. Jadi kita sudah ada peranti Oppo yang mirip dengan N100 yang menyokong 90Hz. Mungkin kerana ia adalah kelas permulaan dan 90Hz pada peranti ini mungkin mempunyai prestasi yang tidak memuaskan.

Perkara sekali lagi selari dengan OnePlus yang telah hilang identiti mereka. Janji sekadar janji, tetapi apa yang disertakan hanya sekadar ada dan tidak bersungguh-sungguh dan memuaskan hati peminat.



Paling Popular