Oppo Find X3 Akan Menyokong Warna 10-Bit Secara Menyeluruh – Teknologi Skrin Super Retina XDR Untuk Android

Oppo Find X3 Akan Menyokong Warna 10-Bit Secara Menyeluruh – Teknologi Skrin Super Retina XDR Untuk Android

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Oppo Find X3 akan menjadi peranti Android pertama yang menyokong fotografi dengan sokongan warna 10-bit secara menyeluruh. Fungsi ini sudah pun terbina dalam sistem operasi Android, seperti pengurusan paparan gamut warna lebar dan juga fotografi 10-bit. Dengan banyak peranti mercu sudah pun menggunakan panel skrin yang hebat, Oppo ingin bersaing dengan Apple.

Oppo ingin bawakan sokongan penuh gamut warna DCI-P3 dan kedalaman warna 10-bit dari tangkapan, storan dan paparan. Setiap imej dengan format HEIF akan menyokong tetapan warna ini dan peranti Oppo Find X3 akan mempunyai skrin yang amat memuaskan untuk menonton hasil-hasil imej ini. Proses imej ini akan melalui dari rakaman dari kamera ke pengkodan ke storan dan kemudian selepas nyahkod barulah akan dipaparkan.

Algoritma yang akan digunakan juga memerlukan spesifikasi yang tinggi untuk merakam warna apabila dalam proses menangkap imej. Algoritma ini turut boleh membaiki masalah herotan pada imej, pengurangan hingar pada multi-bingkai dan penghasilan imej dengan resolusi tinggi. Peranti ini turut akan menyokong DOL-HDR untuk membezakan pendedahan ke cahaya pada setiap imej yang akan memberikan hasil yang lebih terang dan cerah.

The Full-path Color Management System adopted a higher specification algorithm and hardware to record color when capturing. OPPO’s R&D engineering promoted algorithms in areas such as distortion correction, multi-frame noise reduction (MFNR), and perceptual extreme super-resolution. The company also notes that it will support image sensors featuring Digital Overlap (DOL) HDR mode. The DOL-HDR technology synthesizes different exposure conditions into an image, which means more vibrant colors will be captured even when photos are taken against bright light.

Dengan kata lain, Oppo ingin menjadikan siri Oppo Find X3 mempunyai skrin seakan Super Retina XDR yang digunakan pada iPhone.



Paling Popular