Carian
Malaysia Akan Memperkenalkan Rangkaian 5G Pada Penghujung 2022 Atau Awal 2023
November 19, 2020 Aman

Menteri Komunikasi dan Multimedia, hari ini menyatakan yang mana Malaysia akan memperkenalkan rangkaian 5G pada penghujung 2022 atau pada awal 2023, dengan perancangan dan sasaran yang teliti.

Pelbagai perkara akan diteliti, termasuk dari segi caj kepada pengguna, selain untuk merapatkan jurang digital – dan pada masa yang sama ketersediaan industri.

iPhone 5G

Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengatakan yang mana mengikut kajian awal, 70% penggunaan rangkaian 5G dijangka akan melibatkan industri, sementara hanya 30% dijangka untuk penggunaan rakyat.

Perkara ini selari dengan jangkaan ramai yang mana 5G akan memacu penggunaan peranti berhubung untuk gaya hidup pintar.

Komen