Cari @ Amanz

Sudah lama saya tidak menggunakan Google Chrome, sejak adanya Microsoft Edge yang baharu. Ini kerana Edge lebih pantas, tidak menggunakan RAM yang tinggi dan tidak ada banyak masalah prestasi seperti Google Chrome. Tetapi perkara ini mungkin akan berakhir dengan kemaskini Chrome versi ke-87.

Chrome kini akan mementingkan tabtab terbuka dengan kurang menggunakan kuasa CPU, penjimatan bateri lima kali ganda, melancarkan Chrome jugam adalah 25% lebih pantas, setiap halaman akan dimuat dengan prestasi 7% lebih laju, serta semua ini berlaku dengan penggunaan RAM yang rendah. Untuk telefon Android, memuat ke laman web baru dan kembali ke yang sebelum juga kini lebih pantas.

Tab terbuka pada Chrome kini boleh dicari dengan mudah, yang mana akan memudahkan mereka yang kerap membuka tab yang banyak. Setiap tab juga boleh dikumpulkan dan ditanda. Kemudian, seperti fungsi carian dalam iOS 14 yang boleh dicari dan terus membuka aplikasi – Chrome 87 membawakan fungsi mencari di bar alamat dan tekan Enter untuk terus akses.

Tab baharu pada Chrome 87 turut akan memaparkan laman-laman web yang pernah dibuka sebelum ini, agar pengguna lebih mudah ingat apa yang dilawati sebelum ini untuk rujukan semula. Ia akan dipaparkan dalam bentuk cards.

Kemaskini ini akan diedarkan kepada semua pengguna secara berperingkat. Pengguna akan mula melihat perubahan dalam beberapa minggu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd