Cari @ Amanz

Google Chrome Versi ARM Kini Sedia Dimuat Turun Untuk Peranti Mac M1

Link Copied!

Apple M1 adalah cip pemprosesan baharu untuk tiga produk Apple, iaitu Mac Mini, MacBook Air dan juga MacBook Pro 13. Cip ini dibina berasaskan ARM dan juga 5nm. Cip ARM seringkali dilihat digunakan pada peranti mudah alih dan cubaan awal Microsoft sebelum ini gagal. Maklum balas awal bagi produk-produk Apple M1 ini pula agak memberangsangkan.

Tetapi buat masa ini, aplikasi yang menyokong cip Apple M1 masih tidak banyak. Pengguna perlu menggunakan perisian Rosetta atau tunggu pembangun kemaskini. Sebelum ini Microsoft telah menawarkan Office dalam bentuk beta dan Adobe menawarkan Photoshop. Kali ini, giliran Google pula yang menawarkan Google Chrome versi ARM untuk produk-produk Apple M1.

Ada pengguna terpaksa menyahpasang versi lama dan memasang versi baharu. Ada juga yang menerima kemaskini automatik. Nasihat kami, untuk sokongan yang lebih baik buang yang lama pasang yang baru.


Komen ()