Cari @ Amanz

Amazon kini ialah syarikat teknologi yang paling berharga di dunia, tetapi ini tidak bermakna bahawa syarikat tersebut tidak mengambil tindakan-tindakan yang aneh, khususnya berkenaan tenaga kerja mereka.

Amazon dilihat sedang membangunkan teknologi dron untuk memulakan cara penghantaran produk terbaru mereka yang dinamakan Prime Air. Perkhidmatan tersebut, yang diperkenalkan oleh CEO syarikat Jeff Bezos pada tahun 2013.

Pada pertengahan tahun lepas, di acara Re:MARS, Amazon turut memperkenalkan dron penghantaran barangan mereka yang bukan sahaja boleh terbang dan mendarat secara mendatar, tetapi juga mengangkat barang seberat 2.3kg dan terbang sejauh 24km tanpa masalah.

Menurut laporan daripada Financial Times, Amazon telah mula menghentikan sejumlah jurutera R&D mereka yang terliba dalam projek pembangunan dron Prime Air ini.

Ia turut melaporkan bahawa Amazon telah memulakan perbincangan dengan syarikat-syarikat parti ketiga untuk membantu membangunkan dron-dron tersebut untuk mempercepatkan pembangunan perkhidmatan Prime Air dari segi skala dalam masa yang terdekat.

Menurut jurucakap Amazon, mereka kini sedang cuba untuk menempatkan semula jurutera-jurutera yang terkesan akibat perubahan dalam syarikat ini, dan akan mencari jawatan yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan memperkenalkan perkhidmatan Prime Air ini. Jeff Wilke, ketua pengguna global Amazon mengatakan bahawa ia akan diperlihatkan dalam masa terdekat. Ada juga didalam syarikat tersebut yang mengatakan bahawa ia hanya akan dimakbulkan dalam masa beberapa tahun lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd