Aplikasi Iman Pro Ditawarkan Pada Harga Diskaun – Versi Percuma Diteruskan Tanpa Iklan

Aplikasi Iman Pro Ditawarkan Pada Harga Diskaun – Versi Percuma Diteruskan Tanpa Iklan

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Rentetan daripada kontroversi melibatkan Muslim Pro sebelum ini, ramai pihak kini mencari alternatif lain yang lebih baik. Bagaimanapun, pihak Muslim Pro telah tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan dengan membatalkan kerjasama perkongsian data bersama semua rakan kerjasama – termasuk X-Mode.

Salah satu yang boleh dijadikan alternatif adalah aplikasi Iman Pro. Apa yang menariknya, kini anda boleh membeli aplikasi ini pada harga serendah RM12.90 sahaja untuk masa terhad.

Disamping itu, penawaran versi percuma juga diteruskan seperti biasa oleh pihak pembangunnya. Mereka turut menekankan yang mana versi percuma tidak menyertakan sebarang iklan. Pembangunnya juga turut mengatakan mereka tidak pernah mengumpulkan data, atau menjual kepada pihak ketiga seperti aplikasi lain.

Muat-Turun Iman Pro untuk iPhone

Muat-Turun Iman untuk iPhone



Paling Popular