Siri Redmi Note 9 5G Mungkin Diumumkan Pada 26 November Ini

Siri Redmi Note 9 5G Mungkin Diumumkan Pada 26 November Ini

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Baru sahaja sebentar tadi kami berkongsi dengan anda mengenai Redmi Note 9T 5G yang dikatakan telah melepasi laman SIRIM. Kini, satu lagi persoalan terjawab apabila tarikh pelancaran untuk siri Redmi Note 9 5G pula dikongsi. Di mana, acara pelancaran dijadualkan berlangsung minggu hadapan – iaitu 26 November 2020.

Perkara ini diperoleh ekoran tersebarnya satu poster acah menerusi laman Weibo. Redmi dijangka memperkenalkan tiga variasi berbeza – yang mungkin terdiri dengan Redmi Note 9 4G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro. Tapi sayang, entri tersebut tidak pula memberi bayangan lanjut berkaitan rekaan pada peranti-peranti ini, sekaligus terus menimbulkan tanda tanya sehingga kini. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan kelak.



Paling Popular