Acer Swift 3x Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3799

Acer Swift 3x Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3799

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Acer Swift 3x telah diperkenalkan secara rasmi ketika Acer Global Press Conference, tempoh hari. Hari ini, Acer Malaysia telah mengumumkan penawarannya untuk pasaran Malaysia pula. Bagi yang berminat, Acer Swift 3x ditawarkan pada harga RM3,799 untuk model Intel Core i5, sementara model Intel Core i7 berharga RM4,599.

Untuk spesifikasi Acer Swift 3x dilengkapi paparan 14-inci LCD dengan resolusi FHD. Dari segi spesifikasi, ia didatangkan dua pilihan variasi model iaitu Intel Core i5 dan Intel Core i7 generasi ke-11 Tiger Lake dengan memori 8GB LPDDR4X dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Spesifikasi lain termasuk penggunaan cip grafik kendiri terbaru keluaran Intel yang dinamakan Intel Xe MAX, perisian Windows 10 dan pilihan I/O seperti USB 3.2 Type-A dan sokongan untuk palam USB-C Thunderbolt 4.

Jika anda berminat untuk mendapatkan komputer riba Acer Swift 3x ini, anda boleh ke kedai atas talian rasmi Acer Malaysia ataupun di Shopee.



Paling Popular