Cari @ Amanz

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah berkongsi sejumlah data harian berkaitan perkembangan kes-kes Covid-19 di Malaysia. Selari dengannya, mereka turut mengumumkan yang mana aplikasi MySejatera yang telah dilancarkan pada 20 April 2020 lepas, kini mempunyai 23,953,970 pengguna di Malaysia.

Disamping pengguna, seramai 1,058,853 premis perniagaan berdaftar menggunakan MySejahtera untuk merekodkan kehadiran orang ramai ke premis mereka.

Secara keseluruhan, sebanyak 1.7 bilion daftar-masuk premis telah dilakukan melalui aplikasi berkenaan, dengan secara purata sekitar 15 juta daftar masuk dilakukan setiap hari.

KKM turut mengatakan yang mana setakat ini, sebanyak 9167 kes positif Covid-19 telah berjaya dikesan melaluii aplikasi MySejahtera sehingga ke hari ini. Antara kaedah yang digunakan untuk mengesan adalah termasuk melalui Penilaian Kesihatan Kendiri yang dilakukan sendiri oleh pengguna, selain pengesanan kontak rapat melalui semakan data.

Bagi anda mengunjungi sebarang premis terdekat, gunakan aplikasi MySejahtera ini dalam merekodkan kehadiran dalam usaha memudahkan proses pengesanan kontak sekiranya penularan berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd