Carian
Realme 7 5G Kini Rasmi – Sokong Cip MediaTek Dimensity 800U, Skrin 120Hz
November 20, 2020 Amy Maizuraa


Realme 7 5G kini dilancarkan secara rasmi, ia sekaligus menambah satu lagi model baharu untuk penawaran peranti di bawah siri Realme 7. Boleh dikatakan, Realme 7 5G dilihat meminjam rekaan yang sama seperti Realme 7 versi sebelum ini. Tetapi, masih terdapat perbezaan ketara dari segi penawaran spesifikasi.

Untuk spesifikasi, Realme 7 5G dilengkapi paparan 6.5-inci LCD FHD+ dengan sokongan skrin kadar segar semula tinggi 120Hz. Melengkapi peranti ini juga adalah sokongan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U, memori 6GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 128GB (UFS 2.1) dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Konfigurasi kameranya terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut Lebar) + 2-Megapixel (Macro) + 2-Megapixel (Mono). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain pula termasuklah pengimbas cap jari di sisi, sokongan dwi-SIM 5G, Android 10, bicu audio 3.5mm dan sambungan port USB-C. Realme 7 5G dijual pada harga bermula £279 (~RM1,515) untuk seunit.

Komen