Carian
Gambaran Rekaan Poco M3 Dikatakan Tertiris
November 20, 2020 Amy Maizuraa

Poco M3 akan diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan dan peranti pintar ini juga dilaporkan telah melepasi pengesahan laman SIRIM. Teka-teki mengenai rekaan kini dilihat seakan terjawab selepas terdapat imej tersebar yang memperlihatkan reka bentuk lengkap pada peranti pintar.

Memetik imej berkenaan, peranti pintar ini hadir dengan rekaan modul kamera segi empat yang besar – dilihat mirip dengan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Limited Edition. Bagaimanapun, terdapat perbezaan pada penampilan. Di mana, rekaan lensa kamera dilihat lebih besar dan terdapat penjenamaan Poco padanya. Turut kelihatan, ia menggunakan sistem tri-kamera utama dan panel hadapan jenis bertakuk kecil.

Untuk spesifikasi, tiada butiran yang dikongsi. Namun, peranti pintar ini dipercayai hadir dengan paparan jenis FHD+, cip Snapdragon 662, memori 4GB RAM, kamera dengan lensa utama 48-Megapixel dan bateri 6,000mAh. Seperti biasa, maklumat tertiris masih di peringkat ura-ura. Untuk lebih lanjut, segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Komen