Carian
Malaysia Mencatatkan Kelajuan Jalur-Lebar Tetap Purata 91.49Mbps Pada September 2020
November 20, 2020 Aman

SKMM kini telah menerbitkan buletin bulanan mereka, sekaligus berkongsi beberapa perkembangan menarik. Salah satunya adalah berkaitan dengan kelajuan muat-turun untuk jalur-lebar tetap sepanjang bulan September lepas.

Melalui data yang dikeluarkan, SKMM mengatakan yang mana Malaysia kini memperlihatkan peningkatan, dan mencatatkan kelajuan muat-turun purata sebanyak 91.49Mbps pada bulan September 2020 lepas.

Ia memperlihatkan peningkatan berbanding bulan Ogos 2020 lepas, yang mencatatkan angka 87.90Mbps.

SKMM sendiri mengumumkan beberapa inisiatif telah dilaksanakan akhir-akhir ini, termasuk memperluaskan kapasiti jalur-lebar tempatan dalam usaha dapat menampung peningkatan pada penggunaan harian oleh semua pengguna – apatah lagi dengan populariti ekonomi digital akhir-akhir ini.

Komen