Mungkinkah Apple Mempunyai Satu Lagi Pengumuman Produk Untuk Tahun 2020 Ini?

Mungkinkah Apple Mempunyai Satu Lagi Pengumuman Produk Untuk Tahun 2020 Ini?

Diterbitkan pada Nov 20, 2020 oleh .

Apple telah memperkenalkan beberapa produk baru untuk tiga bulan kebelakangan ini, termasuk iPad, Apple Watch, iPhone, dan juga siri Mac yang dijana cip pemprosesan sendiri – Apple M1.

Terbaru, hadir desas-desus mengatakan Apple masih belum selesai memperkenalkan produk baru, dan mempunyai satu lagi kejutan untuk bulan Disember 2020 kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang bakal diperkenalkan oleh Apple. Ada yang melakukan spekulasi yang mana Apple mungkin memperkenalkan fon kepala mereka, AirPods Studio – atau mungkin juga produk untuk mencari barangan, dinamakan AirTags.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Apple akan menjadualkan acara khas, atau sekadar melakukan pengumuman produk sahaja. Sama-sama kita nantikan sama ada Apple mempunyai kejutan pada bulan Disember ini, atau ia hanya sebuah  desas-desus sahaja.



Paling Popular