Cari @ Amanz

Adobe telah pun mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash, dan sejumlah pembangun perisian telah mula membuang integrasi dan sokongan untuknya.

Dengan penamatan era Flash, semestinya ramai yang ingin mengamit memori kemmbali melihat sejumlah animasi, permainan dan sebagainya berasaskan Flash yang popular suatu ketika dahulu.

Selari dengannya, kini Internet Archive mengumumkan mereka akan mengarkibkan animasi dan permainan Flash dibawah mereka. Untuk menjayakannya juga, mereka akan menggunakan pelagak Flash mereka tersendiri untuk menjalankan pelbagai karya berkenaan terus pada pelayar web pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna untuk terus menikmati animasi dan permainan walaupun tidak mempunyai pemain Flash pada komputer mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd