Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Fit2 telah diperkenalkan secara rasmi sekitar September lalu. Kini, penjejak kesihatan ini telah ditawarkan untuk pasaran tempatan pula. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM179 dan boleh didapati menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai rasmi atas talian Samsung bermula hari ini.

Samsung Galaxy Fit2 dilengkapi skrin 1.1″ AMOLED sesentuh, memori 2MB RAM, storan 32MB dan bateri sebesar 159 mAh dengan ketahanan maksimum sehingga 21 hari. Terdapat 70 muka jam boleh dipilih mengikut pilihan pemakai. Tali pula diperbuat daripada bahan silikon dan keseluruhan tubuh penjejak kesihatan mempunyai kemampuan kalis air IP68. Ia juga dilengkapi sejumlah sensor termasuk untuk mengesan nadi, langkah, menjejak pola tidur, jarak perjalanan dan mengira kalori. Satu sensor yang tidak disertakan ialah GPS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd