Cari @ Amanz

Perang perkhidmatan penstriman semakin meningkat dari hari ke hari. Terbaru, perkhidmatan penstriman memfokuskan kepada acara sukan, iaitu DAZN sudah pun boleh diakses oleh pengguna tempatan.

DAZN pada awalnya menjadualkan pelancaran perkhidmatan mereka pada bulan Disember akan datang, tetapi kini aplikasi Android dan iPhone sudah diterbitkan – dan membolehkan pengguna melanggan dan menikmati kandungan acara sukan melalui peranti mudah-alih masing-masing. Apa pun, acara berkenaan hadir dengan sokongan Chromecast, membolehkan anda menyiarkan video dari peranti ke televisyen anda.

DAZN ini boleh dilanggan pada harga RM8.90 sebulan, dan buat masa ini, ia hanya memfokuskan kepada acara tinju (boxing) sahaja. Selain itu, beberapa dokumentari memfokuskan sukan juga turut disediakan. Mungkin kita akan melihat lebih banyak acara ditambah pada penawaran mereka dalam bulan-bulan akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba perkhidmatan penstriman DAZN ini hari ini.

  • Info
  • Ikuti berita sukan di Sukanz
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd