Cari @ Amanz

Pada tahun 2018, Google mengumumkan Android App Bundles (.aab) – iaitu sistem yang menggabungkan aplikasi dengan tiga jenis binaan berbeza kepada satu. Sistem ini turut akan mengurangkan saiz APK dan akan menjimatkan storan peranti pengguna.

Baru-baru ini, Google mewajibkan pembangun menggunakan .aab untuk aplikasi masing-masing. Ini bermakna, aplikasi Android versi ARM, ARM64 dan X86 akan menjadi satu dan tidak lagi menjadi fail APK yang berasingan. Bukan itu sahaja, Google turut mewajibkan pembangun untuk semua aplikasi menyokong Android 11.

Kemudian untuk aplikasi yang saiz fail lebih dari 150MB, tiada lagi sokongan OBB. Sebaliknya pembangun perlu menggunakan  Play Asset Delivery atau Play Feature Delivery. Dari sisi pengguna, ini bermakna menjelang Ogos 2021 semua aplikasi baru akan menggunakan fail .aab dan bukan lagi .apk. Aplikasi yang sudah sedia ada di Play Store tidak memerlukan format ditukar, sebaliknya hanya wajib menyokong Android 11 menjelang November 2021.

Dengan kata lain, untuk aplikasi-aplikasi baru selepas Ogos 2021 – kemungkinan besar tidak lagi boleh membuat pemasangan manual. Aplikasi baru juga akan terselamat daripada modifikasi, kerana tiada fail .apk dan fail OBB yang boleh diubah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd