Semasa iOS 14 dilancarkan, Apple memperkenalkan sokongan widget. Widget pada iOS 14 ini boleh digunakan pada skrin utama atau di ruangan khas. Sehingga hari ini sudah ada banyak aplikasi menarik yang menyokong widget ini, tetapi aplikasi dari Google masih terhad lagi.
Bulan lepas, Google Photos dan YouTube Music telah diperkenalkan. Terkini, Google mengumumkan yang aplikasi GMail, Google Fit dan Google Drive. Ketiga-tiga aplikasi ini akan menyokong widget di iOS dalam masa beberapa hari lagi. Untuk GMail, widget ini boleh membuat carian emel, mengarang emel baharu dan semak peti masuk untuk mel yang masih tidak dibaca. Google Drive memberi akses carian fail yang diingini dan Google Fit memaparkam Heart Point dan jumlah tapak.
Dalam masa beberapa minggu akan datang pula, widget untuk Google Calendar dan Google Chrome akan diperkenalkan. Calendar adalah untuk melihat jadual terkini dan Chrome pula adalah untuk carian pada tab baharu, membuka tab inkognito, carian berasaskan suara dan juga membuat imbasa kod QR.
Walaupun widget pada iOS ini agak terhad, tetapi ia mempunyai iterasi yang pengguna pasti akan menggunakannya.