Cari @ Amanz

Yoodo kini telah mengumumkan promosi terbaru mereka, dinamakan sebagai Double Special Data Promotion. Melaluinya, Yoodo menawarkan kuota data berganda untuk pembayaran harga yang sama.

Promosi Yoodo ini adalah bermula 1 Disember 2020 kelak, dan tertakluk untuk pakej langganan dengan 5GB data dan ke atas. Yoodo tidak mengatakan bilakah promosi ini akan tamat.

Dengan promosi ini, sebagai contoh anda boleh menikmati data sebanyak 10GB untuk RM25 – berbanding kini yang perlu membayar RM25 untuk hanya 5GB sahaja.

Yoodo turut mengatakan yang mana promosi 20GB untuk RM20 turut akan ditamatkan pada 30 November 2020 kelak.

Bagi anda yang menggunakan Yoodo, boleh melakukan perancangan langganan anda, dan mendapatkan lebih data bermula 1 Disember 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd