Cari @ Amanz

Facebook Messenger dan Instagram kini menyokong penghantaran mesej rentas platform. Bulan lepas, aplikasi Facebook Messenger turut diberi nafas baru dari segi rekaan, fungsi dan ciri. Terkini, Facebook memperkenalkan tiga lagi perkara baru untuk dua aplikasi ini.

Pertama adalah Chat Teams. Pengguna kini boleh menukar tema dalam Instagram atau Facebook Messenger. Tema eksklusif yang Facebook tawarkan adalah TinyTan, iaitu tema berasaskan pasukan penyanyi popular Korea Selatan – BTS. Dengan tema ini, pengguna boleh mengubah keseluruhan antara muka dengan warna yang ceria, emoji hati di mana-mana serta pelekat-pelekat khas dengan rekaan berasaskan ahli-ahli BTS.

Kedua adalah Watch Together. Funsgi ini sebenarnya sudah lama dan sehingga hari ini ia terhad di negara yang terpilih sahaja. Ini kerana ia membolehkan pengguna di dalam Facebook Messenger menonton video, menstrim filem/siri TV dan tonton bersama-sama. Dengan integrasi Inatgram, Facebook membawakan sokongan untuk menonton video-video IGTV, Reels, bersama-sama. Dalam ujian kami, Watch Together masih tidak boleh digunakan di Malaysia.

Akhir sekali, fungsi mesej menghilang selepas dibaca diperkenalkan sekali lagi. Vanishing Mode ini sudah diperkenalkan pada minggu lepas. Ia adalah sama dengan fungsi mesej menghilang di WhatsApp yang diperkenalkan baru-baru ini. Cuma, kali ini Facebook memberi peringatan hanya rakan atau yang mengikuti antara satu sama lain sahaja boleh menggunakan mod ini.

Kesemua fungsi ini sudah mula diedarkan secara berperingkat. Ia boleh digunakan pada iPhone dan Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd