Neelofa Memperlihatkan Ciri-Ciri Pada Aplikasi TheNoor – Termasuk Waktu Solat, Pemain Al-Quran, Arah Kiblat

Neelofa Memperlihatkan Ciri-Ciri Pada Aplikasi TheNoor – Termasuk Waktu Solat, Pemain Al-Quran, Arah Kiblat

Diterbitkan pada Nov 20, 2020 oleh .

Neelofa, seorang pengacara dan usahawan terkenal sebelum ini telah memberikan petanda yang mana beliau bakal hadir dengan sebuah aplikasi tersendiri, dinamakan TheNoor. Kini, lanjutan daripadanya, Neelofa turut memperlihatkan ciri-ciri yang bakal dibawakan melalui aplikasi tersebut.

Daripada demo ringkas yang dipertontonkan, ia menunjukkan yang mana aplikasi TheNoor akan menyertakan pemain al-Quran untuk anda mendengar bacaan al-Quran dan turut mengakses kepada terjemahan. Menariknya, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada sistem inforia pada kenderaan, dan mendengar ketika memandu.

Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses kepada bahagian waktu solat untuk melihat waktu solat semasa, disamping mengakses melihat arah kiblat dan melihat senarai tempat solat berhampiran.

Aplikasi TheNoor ini dijangka ditawarkan secara percuma, dan bebas daripada iklan – sekaligus ingin menjadi aplikasi gaya hidup muslim.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Dengan perkongsian pelbagai informasi berkenaan dengannya, kita boleh menjangkakan aplikasi ini dilancarkan tidak lama lagi.



Paling Popular