Apple membuat kejutan tahun ini dengan memperkenalkan sehingga empat model berbeza untuk siri iPhone 12 mereka . Salah satu daripadanya adalah model iPhone 12 Pro. Jika sebelum ini DxOMark telah berkongsi kutipan mata untuk kamera utama. Kini, giliran kamera swafotonya pula.
Keputusan memperlihatkan, kamera swafoto iPhone 12 Pro berjaya merangkul skor keseluruhan sebanyak 98 mata. Melalui jumlah ini, iPhone 12 Pro menerima sebanyak 101 mata untuk kemampuan fotografi. Manakala, 93 mata pula untuk kemampuan video. Kutipan markah ini juga memposisikan peranti pintar ini setanding dengan Asus ZenFone 6 dan berada setapak di belakang Samsung Galaxy Note 10+ 5G.
Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan hasil gambar dengan perincian yang baik – sama ada pada pencahayaan yang cukup atau rendah. Seterusnya, ia juga dikatakan tiada masalah dedahan berlebihan, penghasilan warna adalah tepat dan julat dinamik luas dalam rakaman video. Kritikan pula diberikan pada hingar yang kelihatan pada latar belakang gambar dan dedahan terhadap cahaya yang kurang baik apabila flash diaktifkan.
Sekadar selingan, iPhone 12 Pro kini telah ditawarkan untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM4899 dengan pilihan storan sehingga 512GB. Untuk pilihan lebih pelbagai, anda juga boleh mendapatkannya melalau syarikat telekomunikasi