Cari @ Amanz

Windows kini telah menjadi salah satu sistem operasi yang popular, digunakan ramai untuk kegunaan harian, selain turut digunakan sejumlah mesin – termasuk mesin ATM. Sistem operasi ini telah diperkenalkan melalui Windows 1.0 pada 20 November 1985 lepas, dan hari ini, sistem operasi tersebut meraikan ulang-tahun ke-35 sejak diperkenalkan.

Sejak pengenalan sistem operasi Windows, ia telah melalui pelbagai perubahan – termasuk pengenalan beberapa versi yang popular, seperti Windows 95, Windows 98 dan Windows XP. Beberapa versi turut menerima kritikan, dan antaranya adalah Windows Vista dan juga Windows 8.

Kini, pada hari ini, versi paling terbaru adalah Windows 10. Sejak Windows 10, ia menawarkan kemaskini percuma kepada pengguna sedia ada – dan tidak perlu menaik-taraf secara berbayar dari satu versi ke versi lain. Windows 10 juga turut membawakan sejumlah perubahan menarik, disamping mengekalkan elemen popular mereka.

Microsoft juga telah mengatakan yang mana kini Windows 10 digunakan lebih 1 bilion peranti – sekaligus menjadikannya antara sistem operasi popular di dunia.

Bagi anda sendiri, versi Windows manakah yang paling anda rindui?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd