Carian
Jalan Khusus Untuk Menguji Kereta Swapandu Kini Diperkenalkan Di Cyberjaya
November 21, 2020 Aman

Perkembangan teknologi kini telah membawa kepada perkembangan kenderaan swapandu – sekaligus memastikan jalan raya lebih selamat berbanding kebiasaan. Selari dengannya, kini Kementerian Pengangkutan dibawah National Regulatory Sandbox telah memperkenalkan jalan khusus untuk menguji kenderaan swapandu ini.

Di perkenalkan di Cyberjaya, ia akan memudahkan syarikat teknologi untuk menguji penawaran masing-masing dan menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan di jalan raya Malaysia.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah sedia membangunkan teknologi swapandu tersendiri di Malaysia – dan langkah ini akan memudahkan lagi ujian dilakukan secara terbuka, sebelum teknologi berkenaan dapat diimplementasikan atau disahkan pihak berkuasa.

Komen