Cari @ Amanz

Jika sebelum ini, kita disajikan dengan rekaan pada OnePlus 9 melalui satu lakaran CAD tertiris. Kali ini, giliran OnePlus 9 Pro pula diperlihatkan. Bagaimanapun, sumber berkata rekaan ini masih lagi diperingkat prototaip. Ini bermakna, belum diketahui sama ada OnePlus akan menggunakan sepenuhnya pada produk akhir kelak.

OnePlus 9 Pro dipercayai hadir dengan paparan jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan rekaan skrin jenis berlubang pada panel hadapan. Seterusnya, pembesar suara diletakkan pada bahagian bawah. Sementara, butang kuasa pada sisi kanan dan butang laras suara pula pada sisi bertentangan. Menurut sumber lagi, panel belakang peranti mungkin menggunakan bahan berasaskan kaca.

Jika diteliti, rekaan pada modul kamera pada panel belakang peranti dilihat mengambil inspirasi daripada model OnePlus Nord N100 dan OnePlus 8T – dengan rekaan dan susunan lensa yang dilihat berbeza. Tapi sayangnya, maklumat lanjut berkaitan lensa kamera masih belum dapat dipastikan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd