Cari @ Amanz

Selama lebih lima dekad, teleskop radio Arecibo yang terletak di Puerto Rico adalah yang terbesar di dunia. Tetapi selepas 57 tahun beroperasi, ia diumumkan akan ditutup selama-lamanya kerana kerosakan struktur yang terlalu serius.

Pada bulan ini kabel pada teleskop terputus mengakibatkan lubang sebesar 30 meter terbentuk. Ketika proses baik pulih ingin dilakukan, jurutera mendapati beberapa struktur lain tidak stabil sehingga diramalkan akan runtuh pada bila-bila masa. Oleh sebab itu keputusan diambil untuk menutup terus Arecibo dan merobohkan keseluruhan struktur.

Dengan parabola sebesar 305 meter, ia digunakan oleh saintis dalam misi pencarian makhluk asing. Statusnya sebagai radio teleskop terbesar dunia hanya dipintas oleh  Five hundred meter Aperture Spherical Telescoper (FAST) (FAST) di China dengan parabola sebesar 500 meter.

Arecibo menjadi terkenal di seluruh dunia selepas ia menjadi set penggambaran filem Contact dan James Bond Goldeneye. Selain digunakan untuk memancarkan Mesej Arecibo ke angkasa lepas, ia juga pernah digunakan bagi tujuan ketenteraan untuk mengesan kedudukan radar Soviet dengan memantulkan isyarat radio ke permukaan bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd