Cari @ Amanz

Jika anda mengikuti perkembangan bola sepak dunia, anda pasti mengenali kelab bola sepak Manchester United dari England.

Baru-baru ini, kelab bola sepak tersebut telah melaporkan bahawa ada percubaan untuk menggodam sistem mereka. Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka, walaupun penggodam tersebut berjaya memasuki sistem mereka, serangan tersebut telah ditemui dengan awal dan berjaya ditangkis sebelum apa-apa kerosakan besar berlaku.

Kenyataan tersebut, yang dikeluarkan sehari sebelum perlawanan menentang West Bromwich Albion mengatakan bahawa sistem stadium bola sepak mereka tidak terganggu akibat serangan tersebut, dan masih selamat untuk perlawanan itu.

Mereka juga mengatakan bahawa sistem atas talian mereka, seperti laman web dan juga aplikasi mudah-alih tidak terganggu akibat serangan tersebut. Walaupun begitu, mereka tidak mengatakan apakah data yang terkesan ataupun sempat diambil oleh penggodam.

Pihak Manchester United juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan sedang bekerjasama dengan pakar sekuriti digital untuk memperbaiki sistem digital mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd