Nokia 3.4 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Nokia 3.4 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Nov 23, 2020 oleh .

Nokia 3.4 telah dilancarkan sekitar September lalu dan ia kini dikatakan bakal ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Perkara ini telah dikongsi oleh pengedar tempatan, Macpie Distribution menerusi salah satu entri di laman Facebook rasmi.

Mereka bagaimanapun tidak pula mendedahkan tarikh pelancaran secara terperinci. Sebaliknya, sekadar mengacah sahaja buat masa ini. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran harga jualannya, nantikan kemaskini daripada kami kelak.

Nokia 3.4 hadir dengan skrin bersaiz 6.39-inci HD+, selain dilengkapi rekaan skrin berlubang. Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 460, memori sehingga 4GB RAM, storan dalaman sehingga 64GB dan bateri sebesar 4,000mAh.

Konfigurasi kameran tediri dengan gabungan 13-Megapixel (utama) + 5-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman). Spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari pada paparan, butang Google Assistant khusus, sambungan port USB-C, NFC dan bicu audio 3.5mm.



Paling Popular