Pepijat Menyebabkan Fleets Boleh Dimuat-turun Selepas 24 Jam

Diterbitkan pada Nov 23, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu lepas, Twitter akhirnya melancarkan ciri baru yang dinamakan Fleets, iaitu ciapan seakan-akan Instagram Stories dan juga Snapchat, dimana ia akan dipadamkan selepas 24 jam.

Terkini, Twitter telah mengesahkan bahawa terdapat satu kerentanan dimana pembangun aplikasi boleh menggunakan sebuah aplikasi API untuk memuat-turun media Fleets daripada pengguna menggunakan alamat web (URL) ciapan tersebut.

Kerentanannya adalah dimana ciapan Fleets tersebut masih boleh dimuat-turun walaupun tempoh 24 jam tersebut telah berlalu jika pembangun tersebut masih mempunyai akses kepada URL tersebut.

Twitter berkata ini adalah kerana walaupun Fleets hanya boleh dilihat selama 24 jam, media tersebut disimpan oleh Twitter selama 30 hari sebelum ianya dipadamkan secara tetap.

Mengakui akan isu ini, Twitter mengatakan bahawa mereka akan mengemaskini API tersebut untuk memastikan bahawa API tersebut tidak akan boleh mengakses media Fleets selepas tempoh 24 jam tersebut berakhir.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami