Realme Malaysia Mengacah Pengenalan Jam Tangan Pintar Baharu – Realme Watch S?

Diterbitkan pada Nov 23, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas mengesahkan bakal hadir dengan Realme C15 tidak lama lagi. Kini, Realme dilihat mempunyai satu lagi perancangan menarik untuk pengguna setia di Malaysia. Di mana, mereka mula mengacah kedatangan mengacah penawaran untuk jam tangan pintar terbaru pula.

Meskipun mereka cuba berteka-teki mengenainya. Namun, poster acah yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai produk. Ia memperlihatkan sebuah imej berlatar belakang hitam bersama rekaan muka jam yang disusun dengan rekaan seakan huruf ‘S’.

Turut kelihatan, terdapatnya ayat yang bertulis “See? Something Stunning iS Spinning”. Melalui penggunaan huruf “S” yang dibesarkan pada setiap ayat tersebut menguatkan lagi spekulasi produk dimaksudkan berkemungkinan besar adalah Realme Watch S.

Realme bagaimanapun, dilihat sekadar mengacah sahaja tanpa berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi. Meskipu begitu, kita boleh menyasarkan Realme akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami